Thursday, March 12, 2009

Life is a package ..

Pakej Kehidupan.

Kadangkala kita berkata, "kalau aku jadi seperti si fulan,
bergaji besar, dah tentu aku pergi Genting setiap hujung
minggu".

Ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian. kehidupan ini
adalah satu pakej hamper yang lengkap. Di dalamnya
ada biskut, ada "canned food", ada mee segera, ada
air kordial dan lain-lain lagi.

Kadangkala kandungan itu berbeza-beza tetapi nilai
pakej-pakej itu telah diaturkan agar semua serupa.

Tetapi kadang-kala kita merasa "envy" dengan pakej
orang lain yang ada laici, tetapi kita tidak sedar yang kita
dapat botol air oren sedangkan orang itu dapat
"mineral water" sahaja.

Kadang-kala kita menyesali mengapa biskut dalam pakej
hamper yang kita dapat, masuk angin, sedangkan biskut
orang lain mempunyai kandungan yang rangup. Tetapi kita
tidak selidiki kotak biskut itu, sebab dalam dasar kotak itu
mengandungi sekeping kertas "Tahniah anda menang sejuta
ringgit", dan orang lain tidak mendapatnya.

Cuba fikirkan dan renungkan ...

Sesungguhnya setiap orang mempunyai 24 jam, perlu tidur,
perlu makan, perlu kasih sayang dan pelbagai keperluan lain.
Mungkin ada yang kekurangan dalam sesuatu keperluan tetapi
mempunyai kelebihan tersirat dalam keperluan lain.

No comments:

Post a Comment

KISAH KUCING TAK KENANG JASA. MANUSIA?

Telah lalu seorang hakim di hadapan rumah seorang lelaki yang sedang memukul seekor kucing. Lalu hakim itu bertanya sebab ia memukul kucing tersebut. Dijawabnya bahawa ia telah menjumpai kucing itu di suatu lorong dalam keadaan kesejukan dan lemah. Ia mengambilnya dan memberi makan minum hingga benar-benar sihat.Tetapi setelah itu, kucing berkenaan telah membuang najis merata-rata di dalam rumahnya.

Hakim tersebut barkata, "Inilah ibarat dan peringatan ALLAH kepada kita. Dia memelihara kita daripada kecil dengan rezeki, pakaian dan segala-galanya. Tetapi setelah begitu banyak nikmat diberikan, kita kembali durhaka kepada ALLAH dengan meninggalkan suruhanNYA dan melakukan apa yang dilarangNYA. Tetapi ALLAH tetap memberi kita rezeki dan rahmatNYA walaupun kita derhaka dan ingkar. DIA masih belum menyiksa dan memukul kita."

Apa pandangan anda? Adakah kita seperti kucing tersebut atau lebih teruk lagi?

lupikiaQlasendiri.com.jangankomenje

raya 2008

raya 2008
cinta is luv

kaLimah ciNta

Pepohan cintaku
Kian merimbun
Semakin dicantas
Makin bertunas
Tidak mampu mendustai hatiku
Rasa cinta fitrah manusia

Siapalah aku
Menolak cinta
Yang hadir dijiwa
Tanpa dipaksa
Hidup ini
Tidak akan sempurna
Tanpa cinta dari TUHAN Yang Esa

Adam Hawa bercinta di syurga
Angkara iblis terpisah menderita
Kerana cinta mereka setia
Bertemu di dunia

Dengan cinta kenal pencipta
Dengan cinta kenal rasulnya
Kerana cinta kenal saudara
Bahagia keluarga

Hidup tanpa cinta sengsaralah jiwa
Sengketa dan dusta yang merajai jiwa
Di batasn cinta shariat terjaga
Tanpa keraguan tanpa kesangsian

Betapa sucinya
Kasih-MU TUHAN
Betapa Agungnya kebesaran-MU
Hidup ini mengharapkan cinta-MU
Kekalkanlah rasa kehambaanku...