Monday, April 2, 2012

KEJAYAAN MURID-MURID




Pada 2 April 2012, semasa perhimpunan rasmi sekolah diadakan, berlangsungnya penyampaian hadiah kepada murid - murid yg menyertai beberapa pertandingan. secara ringkasnya, berikut adalah keputusan yg telah dimenangi oleh para pelajar;

1. JOHAN pertandingan kuiz tahap 2 di majlis karnival kesenian Islam Parlimen Kuala Pilah
2. JOHAN & KETIGA pertandingan azan di majlis karnival kesenian Islam Parlimen Kuala Pilah
3. JOHAN pertandingan deklamasi sajak Bahasa Cina Peringkat Daerah Kuala Pilah.

Tahniah kepada para pemenang... sekali melangkah, teruskan melangkah. jatuh bangun semula...

Mesyuarat MGK Daerah Kuala Pilah 1/2012



Mesyuarat Pengurusan Majlis Guru Kaunseling Daerah Kuala Pilah telah berjaya dilaksanakan pada 28 Mac 2012 (Khamis) bertempat di Bilik Sidang, SK Kuala Pilah. Mesyuarat yang telah dihadiri oleh En. Aziz Jaafar Bin Mohamed Sharif, Penolong Peg (Bimb Kauns & Kerjaya Murid) Kuala Pilah telah membincangkan hal program yg telah dijanakan pada tahun 2011, aliran kewangan 2011, pelantikan j/kuasa MGK yg baru serta pelaksanaan Guru Penyayang. Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Tak Kukuh...

Mesyuarat Agung PIBG Ke-35




Pada 28 Mac 2012, bertempat di Dewan Sri Lemak SK Kuala Pilah berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-35 yang dihadiri hampir 90 Orang Penjaga kepada Murid - murid. Majlis Tersebut telah dirasmikan oleh wakil kepada Y.B Dato' Hj. Hasan Bin Malek, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar merangkap Ahli Parlimen Pilah. Semoga majlis sedemikian mampu menyatukan kerjasama antara pelbagai pihak dan melenyapkan ketidaksefahaman yang timbul.

PEMANTAUAN BILIK KAUNSELING TERBILANG JPNS 2011



Pada 27 Mac 2012, Unit Bimbingan & Kaunseling SKKP terpilih untuk menerima kehadiran En. Shahrin Bin Kamaruddin, Penyelia Kaunseling JPNS untuk pemantauan Bilik Kaunseling Terbilang 2011. Kehadiran beliau bersama Penolong Pegawai PPD dari Daerah Kuala Pilah & Port Dickson banyak memberi input & perkongsian bermanfaat kepada pembangunan Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling khususnya di SK Kuala Pilah

Wednesday, March 21, 2012

KURSUS KEPIMPINAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA PERINGKAT DAERAH KUALA PILAH





Pada 22 Mac 2012 (Khamis) telah diadakan Kursus Kepimpinan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Peringkat Daerah Kuala Pilah Sesi 2012. Kursus tesebut telah dijayakan bertempat di Dewan Biduanda SK Kuala Pilah yang berakhir jam 1 Petang. Majlis Penutupan Program telah disempurnakan oleh En. Kamarudin Bin Said, Guru Besar SK Kuala Pilah merangkap Pengerusi Pengelola Program tersebut.

Diharapkan para peserta seramai 40 Orang dapat mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang telah dibekalkan oleh barisan fasilitator program yang juga merupakan Guru Bimbingan & Kaunseling Sepenuh MAsa (GBKSM) SR di daerah Kuala Pilah. Pihak pengelola mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga bertemu lagi di lain majlis!!! Arigatoo!!!

Thursday, August 4, 2011

Kisah Insan Beristeri Empat...



Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Kerana, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu. Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun, dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain. Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. Dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit. Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu mempedulikannya. Suatu ketika, si pedagang jatuh sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri." Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya. Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu. Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? " Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku kerana tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu." Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku." Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini; ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA. ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya. ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburlah mereka akan menemani kita. DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak. Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari! Renungan Buat Diriku...

Thursday, June 16, 2011

KISAH KUCING TAK KENANG JASA. MANUSIA?

Telah lalu seorang hakim di hadapan rumah seorang lelaki yang sedang memukul seekor kucing. Lalu hakim itu bertanya sebab ia memukul kucing tersebut. Dijawabnya bahawa ia telah menjumpai kucing itu di suatu lorong dalam keadaan kesejukan dan lemah. Ia mengambilnya dan memberi makan minum hingga benar-benar sihat.Tetapi setelah itu, kucing berkenaan telah membuang najis merata-rata di dalam rumahnya.

Hakim tersebut barkata, "Inilah ibarat dan peringatan ALLAH kepada kita. Dia memelihara kita daripada kecil dengan rezeki, pakaian dan segala-galanya. Tetapi setelah begitu banyak nikmat diberikan, kita kembali durhaka kepada ALLAH dengan meninggalkan suruhanNYA dan melakukan apa yang dilarangNYA. Tetapi ALLAH tetap memberi kita rezeki dan rahmatNYA walaupun kita derhaka dan ingkar. DIA masih belum menyiksa dan memukul kita."

Apa pandangan anda? Adakah kita seperti kucing tersebut atau lebih teruk lagi?

lupikiaQlasendiri.com.jangankomenje

raya 2008

raya 2008
cinta is luv

kaLimah ciNta

Pepohan cintaku
Kian merimbun
Semakin dicantas
Makin bertunas
Tidak mampu mendustai hatiku
Rasa cinta fitrah manusia

Siapalah aku
Menolak cinta
Yang hadir dijiwa
Tanpa dipaksa
Hidup ini
Tidak akan sempurna
Tanpa cinta dari TUHAN Yang Esa

Adam Hawa bercinta di syurga
Angkara iblis terpisah menderita
Kerana cinta mereka setia
Bertemu di dunia

Dengan cinta kenal pencipta
Dengan cinta kenal rasulnya
Kerana cinta kenal saudara
Bahagia keluarga

Hidup tanpa cinta sengsaralah jiwa
Sengketa dan dusta yang merajai jiwa
Di batasn cinta shariat terjaga
Tanpa keraguan tanpa kesangsian

Betapa sucinya
Kasih-MU TUHAN
Betapa Agungnya kebesaran-MU
Hidup ini mengharapkan cinta-MU
Kekalkanlah rasa kehambaanku...